CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 15, 2010

MSID: 5Belas @ Taylor's Lakeside Campus

13 November merupakan ulang tahun kelahiran kakakku yang ke 32 tahun..."Happy birthday to you kakak, May Allah bless you Always. Bertambah rezeki, bertambah anak lagi..hu..hu..". Oleh kerana hari ni ada event dengan para pelajar, maka tak sempatlah nak telefon kakak. Walaubagaimanapun, dah bagi sms tepat2 jam 12 mlm tadi. Itupun sebab tidur lewat dek menyiapkan baju untuk 'fashion show' dan tengok pelajar latih untuk malam persembahan.


Paginya dah lah bangun awal. Bertolak ke Twintech dekat 7 pagi, lepas tu tunggu semua pelajar sampai barulah bas boleh bertolak. Sampai sahaja di Taylor's kami terus menukar t-shirt yang telah disediakan dan pergi bersarapan. Kemudian kami berkumpul di MPH untuk acara perasmian ID Student's Saturday. Habis sahaja acara tersebut, para pelajar berpecah ke acara yang disertai masing2.

Jadi, dengan niat menemani pelajar, kami ke LT9 untuk mendengar taklimat mengenai 'fashion show'. Selepas itu, berkejar pula ke bilik latihan untuk persembahan 'tale n time'. Tidak lama kemudian, tiba pula masa makan tengahari. Persembahan untuk fesyen pulak dibuat jam 3.30ptg. Pukul 2.45ptg dah kena bersedia di waiting area. Punyalah berdebar sebab model cilik tak sampai lagi. Sesat ke Taylor's lama. Masa acara dah nak bermula barulah model sampai, nasib baik sempat peraga.







Selesai acara bio-fashion, teman pelajar berlatih lagi. Kali nie dah nampak 'smooth' untuk lagu pertama dan kedua. Maklumlah, kami buat acapella ala2 the Voca People, tapi kena ikut theme. Ikut hati nak je tiru bulat2...he..he..

Makan malam kami, jam 7.45 mlm, tapi kami semua turun makan pukul 8.15mlm. Nasib baik makanan ada lagi. Tak lah sedap mana, tapi kami hentam jek untuk mengisi perut yang kelaparan. Sesudah makan kami terus menyaksikan persembahan para pelajar dari institusi lain. Kolej kami giliran yang ke-10 iaitu yang ke 2 akhir sebab ada 4 institusi yang tidak mengambil bahagian.

Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah. Kolej kami hanya menang untuk kategori bio-furniture sahaja dengan mendapat tempat ke-2. Kira ok lah tue, ada jugak yang menang. Acara berakhir jam 12 lebih. Selepas selesai mengambil semua barang, kami terus menunggu bas (yang sedang beratur)untuk balik ke kolej. Kami sampai di kolej jam 1.30 pagi. Sebelum balik ke rumah, sempat singgah As-Safa pekena milo panas dan roti bakar telur. Berlaku pulak ensiden yang tidak diingini...Nasib baik takde apa2. Kemudian, hantar pelajar balik ke asrama dan bukak pagar rumah jam 3 pagi. Letih gila tak ingat.....



p/s: tahun depan di Lim Kok Wing pulak.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...