CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 22, 2010

Snow White & Peter Pan

Semalam Hari ulang tahun kelahiran emak tercinta, Puan Jamiah Surib yang ke-56 tahun. Semoga Mak sentiasa sihat menjalani kehidupan harian. Kami tak dapat menyambut hari tersebut beramai-ramai. Tapi yang pasti kami sekeluarga akan pulang ke kamapung minggu ini.Kebetulan pula "Anniversary" Mak dan Abah jatuh pada hari Jumaat yang akan datang.

Itu cerita semalam. Cerita hari ni pula, selepas pulang menjemput Airiel, kami pergi ke Tesco Village Kepong untuk belanja barang2 dapur yang dah kehabisan. Selesai membeli belah kami menyertai pertandingan "Look A Like Movie Contest" sempena program cuti sekolah yang baru bermula. Ada jugak pertandingan lain contohnya pertandingan mewarna, tapi untuk 5 tahun ke atas. Syarat penyertaan untuk bergambar mudah je, lampirkan resit bernilai RM30 bersama borang penyertaan. Naurah memilih baju Snow White untuk dipakai. Airiel pula terpaksa memakai baju Peter Pan sebab saiz baju yang terhad. Kebanyakan saiz baju untuk kanak2 5 tahun ke atas. Mula-mula ingatkan nak pilih baju Batman, tapi kena pakai topeng pula.. Kebetulan pulak...Jadi Airiel Peter Pan lah..hu..hu...

Ramai juga yang menyertai pertandingan nie. Nak ambil gambar Naurah senang jek, maklumlah dia suka posing. Semua arahan daripada jurugambar Naurah ikut. Tapi bila tiba giliran Airiel susah sungguh. Mata tak pandang kamera (Dok perati budak2 lain).
Dah tu tak senyum pulak. Tak tahu lah boleh menang ke tak. Tapi dapat sekeping gambar sorang, boleh lah dibingkaikan kat rumah nanti.

Jadi, di bawah ni gambar2 semasa aktiviti tersebut.


Nie posing yang terpilih





Nie pulak gambar tangan Naurah bengkak.



p/s: Keputusannya 15 Januari 2011. Lama lagi tuh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...