CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 21, 2012

Hari Keusahawanan Twintech

Mula-mula lagi dah tunjuk gambar niekan....credit to Linda sebab bagi gambo nie...
Macam mane boleh bergambar dengan Datuk Chef Ismail nie yer???

Sebenarnya, hari nie merupakan Hari Keusahawanan yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Twintech. Chef Ismail merupakan salah seorang penceramah yang diundang untuk memberi panduan mengenai 'conventional bussiness'. Manakala yang seorang lain saya tak ingat langsung nama dia bercerita mengenai 'Networking bussiness' (Skor A). Isi ceramah yang agak baik... Seronok dapat kongsi pengalaman beliau selama chef mula berniaga dari jualan biskut sehinggalah membuka sebuah restoran REBUNG yang terletak di Bangsar.

Saya juga tumpang gembira kerana berjaya menyiapkan cenderahati yang ditempah khas untuk Chef Ismail iaitu Mini Pillow. Gambar upload kemudian kat sini yer....

Jom kita layan gamabr2 di bawah....

Selepas acara perasmian

Melawat gerai jualanku...

Ke gerai yang lain pula

Bertanyakan sesuatu nampaknya chef...

Tapi apakan daya, kebetulan hari nie result SPM keluar, maka rombongan sekolah yang dijanjikan datang memeriahkan majlis tidak muncul jua.... Tapi disebabkan adanya gerai jualan yang menjual pelbagai makanan, adalah 3 kali turun beli makanan....Last beli aiskrim... Ada mintak tolong student jagakan barang jualan...Alhamdulillah laku juga.....

Selain makanan, ada yang jual perfume, jersi.... Ada juga buat tayangan movie dan lawan PS2.... pendek kata macam2 ada.... Tapi rasanya boleh pelbagaikan lagi barangan jualan...Pelik pulak kali nie takde gerai yang jual tudung or brooch...semua dah pakat jual online je gamaknya....

p/s: Harus buat post-mortem nie......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...