CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 25, 2010

2nd K.T.A.M Reunion @ de' Village Resort

Hujung minggu yang lalu merupakan antara hari yang paling menggembirakan sepanjang tahun 2010. Kenapa ya? Haa..sebabnya ialah, bekas pelajar Kolej Tunku Ampuan Mariam 1993-1995 telah mengadakan ‘Perjumpaan Semula’ untuk kali yang kedua. Kali pertama, mereka buat di Hotel Legend, 27 Februari yang lalu, di mana kami tidak dapat hadir kerana ada urusan keluarga di Muar.
Selepas bersarapan di pagi Sabtu 18 Disember 2010, kami terus bertolak ke Ayer Keroh, Melaka. Perjumpaan pada kali ini diadakan di de’ Village Resort yang terletak besebelahan dengan kawasan Zoo Melaka. Oleh kerana kami baru sahaja melawat ke Zoo Melaka dalam tahun ini juga, maka kami tak singgah pun ke sana.
Kami mendaftar masuk lebih kurang jam 1.30 tengahari. Semasa berada di lobi, terserempak pula dengan Nurleeazurah (Anne). Tapi kami cuma bersalaman sahaja, memandangkan masing-masing mengejar masa untuk makan tengahari. Selesai urusan di kaunter, kami terus meletakkan barang di bilik 701 dan keluar ke Jusco Bukit Katil untuk makan tengahari di Medan Selera.


Lebih kurang jam 5 petang, kami anak beranak menuju ke kolam renang untuk aktiviti yang sangat dinantikan oleh Naurah dan Airiel. Pada masa yang sama, ramai juga bekas pelajar K.T.A.M yang ada di sana bersama keluarga masing-masing. Antaranya, Wanda, Sue, Djah dan Jai. Yang lain tak nampak muka, mungkin melayan televisyen di bilik.


Acara utama pada perjumpaan semula kali ini ialah makan malam yang di adakan di dewan bersebelahan kolam renang. Suasana memang meriah dan gamat. Nasib baik ia adalah tempat tertutup. Masing-masing sibuk melayan anak-anak makan tapi sempat bergosip . Sambil makan, ada juga acara cabutan yang tak bertuah, di mana kami mendapat satu beg makanan ringan. Ada juga hadiah-hadiah yang besar seperti baucar bernilai RM1000 , RM500, RM300 & RM50 yang ditaja oleh Ogawa dan Seng Heng. Siapa ynag dapat tu kira bertuah la. Acara untuk kanak2 ialah rebut gula-gula. Naurah dapat no.4. Seronok dia sebab dapat hadiah jugak.
Selain tu, ada juga kuiz untuk menguji daya ingatan bekas pelajar K.T.A.M. Maklumlah, dah 15 tahun meninggalkan sekolah tercinta. Masa sessi menjawab memang riuh sangat, sebab masing-masing berebut untuk mejawab, sebahagian menggaru kepala sebab dah lupa fakta. Hee..hee…
Antara soalan Kuiz:
- Siapakah pengasas Kolej Tunku Ampuan Mariam?
- Siapakah pengetua K.T.A.M pada masa tersebut?
- Namakan 6 kelas yang terdapat di K.T.A.M
- Namakan Rumah sukan yang terdapat di K.T.A.M Saya cuba jawab soalan ini
- Namakan 10 buah dorm yang terdapat di K.T.A.M
- Berikan nama guru, matapelajaran dan gred apa yang anda dapat semasa P.M.R (Saya jawab soalan ini)
- Siapakah ketua warden asrama?
- Namakan istana yang terletak di hadapan sekolah
- Apakah permainan yang paling popular pada masa itu?





Habis acara makan, kami bergambar beramai-ramai, sebelum acara bergambar rasmi pada esok hari. Kemudian, masing-masing dikehendaki mengambil kemeja-T di bilik Azah no. 1001. Acara tak rasmi bermula jam 10.30 malam di mana kami berkumpul di bilik Ijan dan bilik Wai untuk berborak sakan. Maka keluarlah segala cerita-ceriti kenangan zaman persekolahan. Para ibu, sibuk mendodoikan anak masing-masing sambil mulut bercerita. Riuhlah bilik Wai malam itu. Mereka berborak sampai 3 pagi, tapi kami dah balik bilik jam 1 pagi memandangkan Airiel dah terjaga. Dia punya menangis satu blok resort boleh dengar.



Keesokkan paginya, 19 Disember 2010, kami bersarapan bersama-sama sekali lagi. Menarik juga makanan yang dihidangkan. Roti canai dan kauh dal garing dan sedap tapi takde sambal tumis pulak. Mee goreng yang disediakan juga enak. Masa ambil makanan, puan presiden tegur sebab tak pakai tudung warna Merah Jambu. Eh ada ke arahan tu? Tak perasan pun. Takpelah, bukan kami seorang yang pakai tudung warna lain. Fahza pakai warna putih, Djah warna campur-campur, Ct warna hitam. Ok apa… ayat penyedap hati.
Acara bergambar rasmi dimulakan dengan bekas pelajar K.T.A.M, kemudian anak-anak yang tak gheti duduk diam , dan sang suami yang segak belaka.



Selesai besalaman dengan semua orang, kami berangkat pulang ke Bahau sebab ada kenduri kahwin.


p/s: Pertama kali pergi kenduri kahwin pakai kemeja –T dan seluar jeans…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...