CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 20, 2010

Firdaus @ Fatimah Az-zahrah Medical Centre

N3 kali nie ditujukan buat keluarga di kampung yang tak dapt menziarahi Muhammad Syahmi Firdaus, cucu bongsu buat masa nie lah yang kini ditempatkan di Wad Ummu Salamah, Tingkat 2, Pusat Perubatan Fatimah Az-Zahra di Bandar Baru Bangi. Untuk makluman, Firdaus masuk wad malam tadi jam 11.30 mlm disebabkan muntah-muntah dan cirit birit. Kami yang mendapat berita malam tadi, cuma berkesempatan melawat Firdaus hari ni. Dulu masa Firdaus masuk wad sebab asma tak sempat nak jenguk. Ingatkan nak masukkan cerita pasal perjumpaan semula warga K.T.A.M 93-95 dulu, tapi mood belum ada. Jadi, yang tu kira siaran tertangguh lah.

Gambar-gambar Firdaus semasa kami melawat dia. Susut dah badan dia dek kena tinggal dengan Mama seminggu. Kebetulan je kot. Firdaus tak berbaju sebab dia baru je muntah...






p/s: Terkenang kembali masa Naurah umur 7 bulan masuk wad kanak-kanak Hospital Selayang sebab cirit-birit berdarah. Bezanya Firdaus diam aje, tapi Naurah agak lasak.

Friday, December 17, 2010

Report Card Day 2010

Semalam petang masa jemput Airiel balik dari rumah pengasuh, Cik Rahmah, dia minta cuti setengah hari sebab ada temujanji dengan doktor. Maka, hari Mama kenalah bawa Airiel ke kolej. Kebetulan pula hari ni ada 'Portfolio Day' untuk pelajar "Basic Design 1", jadi Airiel ikut juga masa penghakiman itu. Kali nie ada 3 orang pelajar yang bakal gagal unntuk subjek tersebut. Oleh kerana Airiel tak duduk diam dan dia dah buat "projek no. 2", terpaksalah mengundurkan diri terlebih dahulu sebelum ianya betul-betul habis. Pukul 2.00ptg baru hantar Airiel ke rumah pengasuh dia sebab lepas ni nak bekejar pula ke sekolah si kakak.

Gambar di bawah ni, gaya Airiel sebelum dihantar balik. Tangan dia dah penuh dengan kipas dan sampan kertas yang dibuat oleh pakcik Zulakhmar. Airiel panggil dia Abang. Habis perasan muda lah tue..he..he..




Usai menghantar Airiel, terus ke PJ. Jalan tak sesak tapi bila dah nak sampai di UIA tu, lampu isyarat pula rosak. Jadinya terpaksa ikut jalan yang tak biasa ikut. Kali pertama lalu bawah jejambat tu. Nasib baik keeta tak banyak.

Sampai di sekolah Naurah dah pukul 2.40ptg. Terus hubungi Abang sayang untuk bersama-sama mendapatkan laporan tentang Naurah sepanjang dia berada di kelas Khalifah Uthman al Affan. Cikgu dia kata perkembangan dia sepanjang tahun ni meningkat. Itu sebab dia dapat masuk ke kelas 5 tahun cepat sikit berbanding dengan kawan-kawn dia yang lain. Lepas tu, cikgu dia bagitahu, Naurah akan buat latihan dalam buku samapi siap sebelum dia pergi bermain. Yang paling menarik, cikgu dia kata Nauarh pandai mewarna. kalau dia mewarna tak terkeluar pun dari kawasan yang perlu diwarnakan. Mana taknya. Sudah dilatih dari rumah lagi. Tapi, dalam bab Pendidikan Islam, Ustazah dia bagitahu yang dia tak lancar mengeja dan membunyikan baris bawah dan baris depan. (ee dan uu). Kebetulan pula, semalam baru je membeli Muqaddam untuk Naurah dan Airiel. Lepas nie wajib ajar betul-betul.

Berikut merupakan fail dan buku aktiviti Naurah di sepanjang tahun 2010.


Isi kandungan fail


Salah satu hasil seni Naurah yang Mama suka "Sheep"


p/s: Bila lah pulak giliran Airiel nak masuk IIUM Educare ni...

Monday, December 13, 2010

Panas Hati

Hari Jummat yang lalu, 10.12.2010, kami pergi ke Melawati untuk mengambil Thesis abang sayang yang dijilid di sebuah kedai percetakan di sana. Sebenarnya, dah pergi pun semalamnya sebab mereka kata siap hari Khamis tengahari. Kami pergi selepas waktu bekerja dan sampai di sana jam 6 petang, tapi buku yang dijanjikan siap masih belum sampai di kedai. Setelah beberapa pangilan dibuat oleh staff yang bertugas, kami dimaklumkan bahawa buku yang ditunggu-tunggu hanya akan tiba di kedai tersebut selepas isyak iaitu lebih kurang jam 9 malam!!!. Kemudian, staf tersebut kata, kalau buku tu sampai awal, mereka akan telefon. Maka, dengan panas hatinya kami keluar dari situ. Niat nak ke pasar malam Melawati pun terbantut.

Keesokkan harinya, selepas semua urusan berkaitan pejabat selesai, kami pergi ke Melawati sekali lagi. Lebih kurang jam 10.51 pg kami tiba di kedai tersebut. Untuk mengambil buku, kami berurusan dengan staff di bahagian kaunter. Di sana, kami meminta bayaran dikurangkan sebab dapat lambat buku. Tapi staff tu kata kena tanya dengan ketua dia , staf no 36 yang berada di bahagian atas kedai. Mula-mula dia kata boleh tolak RM5.00, tapi kami kata nak tolak RM20. Dia kata mereka yang tentukan harga, bukan pelanggan. Kami tak setuju dengan cadangan tu sebabnya, janji hari Khamis tengahari siap, tapi kami sampai petang pun masih tak wujud lagi buku tu kat kedai. Kemudian suruh pulak datang balik lepas Isyak. Kalau dapat awal mereka akan telefon, tapi mereka hanya telefon pagi jumaat, itupun dah pukul 9.36pg. Jadi, kami kata, kami nak berjumpa dengan staff tersebut. Tapi staff no.36 tu, ada di bahagian atas pulak. Tunggu punya tunggu,dia tak turun-turun. Ikutkan hati nak je kami naik ke atas. Tapi disebabkan kami sedar yang ada had-had tertentu di kawasan kerja orang, maka kami tunggu jugak. Bila ditanya bila staff no.36 nak turun, dia kata sibuk, ada kerja. Hello...!! Ingat dia sorang ke ada kerja. Kami ni banyak lagi kerja nak buat tau. Takde maknanya nak kena berulang datang sini sekali lagi semata-mata nak ambil buku tue! tapi kena ambil jugak, penting beb! Thesis master tu . Muka staff kat kaunter bayaran tue dah bengang dah. Nasiblah... Yang lagi sakit hati, takde staff pun yang nak minta maaf atas kelambatan mereka. Semua staf kat situ cuma perhati aje babak yang berlaku. Nampak sangat semua nak curi-curi pandang dan dengar, termasuklah pelanggan yang lain. Ikut hati nak je buat kecoh..Dapat lah mereka tengok drama percuma. Hari Jumaat beb! penghulu segala hari. Kawalan diri perlu dijaga. Hee...hee..

Akhirnya setelah hampir 1/2 jam ada kat situ dengan hati yang membara, kami terus letak duit kat kaunter tu bayar mengikut apa yang ditentukan tannpa mengambil resit. Masa tue dah pukul 11.27 pagi. Mana nak kejar ke UiTM lagi, lepas tue abang sayang nak kejar sembahyang Jumaat pulak. Kami keluar sambil berkata "Terima kasih atas PERKHIDMATAN anda". Paham-paham sendiri lah yer...

Inilah yang menjadi isu..


p/s: Lepas nie TAUBAT, tak akan jejak kaki lagi ke kedai tue.....

Thursday, December 9, 2010

Outcome-Based Training

Hari ni, bersama rakan-rakan sefakulti dan fakulti-fakulti lain, kami mengikuti satu kursus iaitu "Outcome-Based Training", bertempat di Bilik E3102, Tingkat 3, Blok E, Pusat Perdagangan Sri Damansara. Cehh..bunyi macam menarik je kann??? Kat Twintech je pun.... Pengisian adalah berkenaan dengan cara nak isi dokumen COPPA 'Area 2'. Kalau selama ni tak berapa nak jelas, kira dapat penjelasan panjang lebar la ni. Kesimpulannya, kerja ni memang kena buat secara berkumpulan. Tak boleh syok sendiri buat sorang-sorang tau....Malas nak tulis panjang-panjang sebab dah seharian berada dalam kursus. Tengok gambar aje la ye....

Di bawah nie, kami sedang menikmati hidangan makan tengahari yang telah disediakan. Masa minum pagi kami makan pulut panggang, kuih keria dan teh tarik.


Ni pula semasa kerja berkumpulan


Serius nampak...


Ahli kumpulan kami


Kumpulan dari Fakulti lain





p/s: Lepas ni kena siapkan semua dokumen baru pulak....he..he...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...