N3 kali nie ditujukan buat keluarga di kampung yang tak dapt menziarahi Muhammad Syahmi Firdaus, cucu bongsu
buat masa nie lah yang kini ditempatkan di Wad Ummu Salamah, Tingkat 2, Pusat Perubatan Fatimah Az-Zahra di Bandar Baru Bangi. Untuk makluman, Firdaus masuk wad malam tadi jam 11.30 mlm disebabkan muntah-muntah dan cirit birit. Kami yang mendapat berita malam tadi, cuma berkesempatan melawat Firdaus hari ni. Dulu masa Firdaus masuk wad sebab asma tak sempat nak jenguk. Ingatkan nak masukkan cerita pasal perjumpaan semula warga K.T.A.M 93-95 dulu, tapi mood belum ada. Jadi, yang tu kira siaran tertangguh lah.
Gambar-gambar Firdaus semasa kami melawat dia. Susut dah badan dia dek kena tinggal dengan Mama seminggu. Kebetulan je kot. Firdaus tak berbaju sebab dia baru je muntah...
p/s: Terkenang kembali masa Naurah umur 7 bulan masuk wad kanak-kanak Hospital Selayang sebab cirit-birit berdarah. Bezanya Firdaus diam aje, tapi Naurah agak lasak.
No comments:
Post a Comment