CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 25, 2010

Teaching Technology Course (CTT)

Minggu lepas tak sempat nak masukkan N3 baru sebab sibuk dengan Kursus " Certificate of Teaching Technology". 4 Hari yang penuh dengan pengisian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam akademik sekarang nie.

17 Mei 2010
Hari pertama, sessi ice-breaking. Peserta kursus seramai 15 orang dikehendaki memperkenalkan diri beserta carear goal sekali. Kemudian bermulalah sessi mendengar ceramah mengenai dunia pendidikan oleh Prof. Candra. Antara tajuk ceramah adalah Learning, Motivation dan Communication

18 Mei 2010
Hari kedua kami dikehendaki menyampaikan 5 minutes presentation tajuk bebas. Memilih tajuk "Symbiosis" untuk dibentangkan. Seperti biasa gugup tu tetap ada.

19 Mei 2010
Hari ketiga, kami mendengar taklimat mengenai Lesson Plan, ADDIE model, IQ, Attitude, Hierarchy of Needs, Questions Techniques, Presentation Technique dan lain-lain. Sebelum sessi hari ini berakhir kami telah diberi tajuk untuk pembentangan selama 15 minit untuk keesokan harinya.

20 Mei 2010
Hari keempat, Alhamdulillah tajuk "Communication in Learning' dapat dipersembahkan dengan jayanya. Pukul 3 petang kami semua dikehendaki menduduki peperiksaan selama 1 1/2 jam tak cukup masa & 2 buah buku jawapan habis .. Haa..ha..ha...

Hari kelima, ada ke hari ke-5? membuat pasport di Imigresen cawangan Wangsa Maju di Sri Rampai. Sambil menunggu sempat ke Alpha Angle mencari deodorant CK Eternity kak Jua kirim untuk Abang Haris sempena hari lahirnya yang ke-33 tahun. Selamat panjang umur dan murah rezeki.

Inilah rupanya ye kak



Sabtu, balik kampung Bahau sebab nak ambil pasport lama abang kat Mak. Abang sayang tak ikut sebab ada kelas ganti. Dah lama tak balik kampung Bahau. Balik berempat dengan Ainur dan anak-anak.

p/s: Sebelum balik KL sempat gie Teratak Za'aba membeli ikan keli salai

Tuesday, May 18, 2010

Yang mana satu idaman kalbu

N3 kali nie khas ditujukan buat kakak ku yang sedang berkursus di Sabak Bernam.

Di bawah ini ada lah antara cadar yang menarik perhatian ku...

Yang nie cantik
Yang nie pun cantik
Yang nie pun cantik jugak tapi takde comforter


So, macam mana? sebenarnya banyak lagi pilihan yang ada, tapi cuma ini yang dibawa balik ke rumah.

p/s: ikut hati nak beli semua.. :)

Monday, May 17, 2010

Sepetang sekeluarga

Kelmarin, sekeluarga takde selera nak makan nasi, almaklum semalamnya dah melantak rendang daging. Jadi, selepas sarapan jemput2 ikan bilis dan pisang goreng + air milo, kami keluar ke Alpha Angle. Last pergi ke sini bulan lepas dengan Kak Jua sekeluarga, Pika & Qim. Tapi Abang sayang tak ikut.

Sampai jek kat sana, kami terus turun ke Arena Food Court. Nasib baik terus dapat tempat duduk walaupun ramai orang.
Airiel dah tido waktu nie.
Claypot mee untuk Papa
Szilling mee untuk Mama
Air soya + susu Airiel
Soto untuk Naurah habis gak dia makan semangkuk
Naurah nak posing jugak

Then, kami jalan-jalan ke Bata, MPH dan Jusco. Beli bantal comel untuk letak kat kereta Viva. Dah tak banyak choice dah bantal tue. Ingat nak beli yang kaler biru dapat yang kaler cream bunga kecil2 kaler biru. Kira ok la tue...Abang sayang lak beli kasut sukan kat Bata. Almaklum, Bata tengah buat sale kan. Sambil si Papa mencuba kasut, anak2 duduk makan aiskrim.

Kemudian kami pergi ke pasar malam Taman Gombak Setia beli makanan untuk makan malam. Setiap kali pergi tak pernah pun terserempak dengan kak Lela sekeluarga. Papa beli murtabak daging Pak Mat, Mama beli nasi kerabu, Naurah + Airiel punya Nasi Ayam.

P/s: Merasa jugak twist potato masa masih panas lagi ...he..he..

Yeah...She Won! She Won!

15th May 2010 merupakan hari sukan IIUM Educare (Taska Naurah). Pukul 8 kami dah bertolak dari rumah ke UIA Gombak. Sampai terus bawa Naurah mendaftar, Abg sayang gie cari parkir. Naurah dapat Goodie bag yang penuh dengan makanan. Ada roti krim gardenia, air kotak, biskut tiger 2 jenis, air mineral dan susu dutchlady (sample jek..). Acara yang disertai oleh Naurah adalah acara 'Educare drift'. Itu acara pertama selepas performance kawan-kawan dia yang lain. Naurah adalah antara 4 orang wakil dari IIUM Educare PJ. Punyelah exited kami bersorak, tak sedar yang Naurah dah menang. Yes! She is No.1... Yeah.... Jadi, maknanya kami kena lah tunggu sampai hujung acara sebab nak tunggu acara pemberian hadiah. Tahun lepas Naurah masuk 'puzzle game' untuk budak 3 tahun dan dapat no. 2. Dapat medal silver.


Untuk tahun nie, Naurah dapat piala kecik gold. Dan budak-budak yang tak menang dapat medal pulak. Ok la..kira adil untuk semua budak sebab semua kanak-kanak tue dah berusaha bersungguh-sungguh dan berlatih berbulan-bulan untuk hari sukan ni.


Hari nie jugak, berkesempatan berjumpa dengan Madam Jamaliah dan isteri Br. Ramzi...Isteri dia due anak ke-3 next week. Masih sempat bagi sokongan kat anak2...


Okey, kat bawah nie gambar2 sempena hari sukan Naurah. So, enjoy.



Selepas menerima hadiah


Bersama Papa tersayang


Sekeluarga

p/s: Get glory for next year...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...