CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 25, 2010

Teaching Technology Course (CTT)

Minggu lepas tak sempat nak masukkan N3 baru sebab sibuk dengan Kursus " Certificate of Teaching Technology". 4 Hari yang penuh dengan pengisian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam akademik sekarang nie.

17 Mei 2010
Hari pertama, sessi ice-breaking. Peserta kursus seramai 15 orang dikehendaki memperkenalkan diri beserta carear goal sekali. Kemudian bermulalah sessi mendengar ceramah mengenai dunia pendidikan oleh Prof. Candra. Antara tajuk ceramah adalah Learning, Motivation dan Communication

18 Mei 2010
Hari kedua kami dikehendaki menyampaikan 5 minutes presentation tajuk bebas. Memilih tajuk "Symbiosis" untuk dibentangkan. Seperti biasa gugup tu tetap ada.

19 Mei 2010
Hari ketiga, kami mendengar taklimat mengenai Lesson Plan, ADDIE model, IQ, Attitude, Hierarchy of Needs, Questions Techniques, Presentation Technique dan lain-lain. Sebelum sessi hari ini berakhir kami telah diberi tajuk untuk pembentangan selama 15 minit untuk keesokan harinya.

20 Mei 2010
Hari keempat, Alhamdulillah tajuk "Communication in Learning' dapat dipersembahkan dengan jayanya. Pukul 3 petang kami semua dikehendaki menduduki peperiksaan selama 1 1/2 jam tak cukup masa & 2 buah buku jawapan habis .. Haa..ha..ha...

Hari kelima, ada ke hari ke-5? membuat pasport di Imigresen cawangan Wangsa Maju di Sri Rampai. Sambil menunggu sempat ke Alpha Angle mencari deodorant CK Eternity kak Jua kirim untuk Abang Haris sempena hari lahirnya yang ke-33 tahun. Selamat panjang umur dan murah rezeki.

Inilah rupanya ye kak



Sabtu, balik kampung Bahau sebab nak ambil pasport lama abang kat Mak. Abang sayang tak ikut sebab ada kelas ganti. Dah lama tak balik kampung Bahau. Balik berempat dengan Ainur dan anak-anak.

p/s: Sebelum balik KL sempat gie Teratak Za'aba membeli ikan keli salai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...