CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 17, 2010

Sepetang sekeluarga

Kelmarin, sekeluarga takde selera nak makan nasi, almaklum semalamnya dah melantak rendang daging. Jadi, selepas sarapan jemput2 ikan bilis dan pisang goreng + air milo, kami keluar ke Alpha Angle. Last pergi ke sini bulan lepas dengan Kak Jua sekeluarga, Pika & Qim. Tapi Abang sayang tak ikut.

Sampai jek kat sana, kami terus turun ke Arena Food Court. Nasib baik terus dapat tempat duduk walaupun ramai orang.
Airiel dah tido waktu nie.
Claypot mee untuk Papa
Szilling mee untuk Mama
Air soya + susu Airiel
Soto untuk Naurah habis gak dia makan semangkuk
Naurah nak posing jugak

Then, kami jalan-jalan ke Bata, MPH dan Jusco. Beli bantal comel untuk letak kat kereta Viva. Dah tak banyak choice dah bantal tue. Ingat nak beli yang kaler biru dapat yang kaler cream bunga kecil2 kaler biru. Kira ok la tue...Abang sayang lak beli kasut sukan kat Bata. Almaklum, Bata tengah buat sale kan. Sambil si Papa mencuba kasut, anak2 duduk makan aiskrim.

Kemudian kami pergi ke pasar malam Taman Gombak Setia beli makanan untuk makan malam. Setiap kali pergi tak pernah pun terserempak dengan kak Lela sekeluarga. Papa beli murtabak daging Pak Mat, Mama beli nasi kerabu, Naurah + Airiel punya Nasi Ayam.

P/s: Merasa jugak twist potato masa masih panas lagi ...he..he..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...