Sunday, February 27, 2011
Happy 57th Birthday Atok Nasir
Tuesday, February 22, 2011
Istiadat Kerjan

Dialek Negeri Sembilan menyebut istilah ini sebagai "Kerojan" yang bermaksud 'Kerajaan' dalam bahasa baku. Rujuk di sini
Acara bermula jam 10 pagi di mana bapa dan ibu mertuaku diarak masuk ke halaman rumah dengan paluan kompang. Ala-ala pengantin baru gitu. Bapa mertuaku disambut oleh kakak beliau dengan membasuh kaki sebelum menaiki tangga rumah. Selepas itu mereka naik rumah dan terus duduk di tempat yang disediakan. Ala-ala pelamin la..
Upacara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya bacaan Yassin dan Tahlil untuk semua ahli keluarga bapa mertuaku yang telah meninggal dunia.
Di bawah ini merupakan gambar-gambar sekitar majlis di rumah Mak Ngah Dara yang diambil oleh Abang sayang.

Mak dan Amin datang dari Muar turut merafak sembah
Sebelah petangnya, majlis berlangsung di rumah mertuaku. Mengikut adat, acara bermula di rumah pusaka ibu, kemudian barulah dijalankan di rumah sendiri. Petang itu kami menyediakan mee hoon goreng beserta beberapa kuih muih sama ada di tempah ataupun di bawa oleh saudara dan jiran tetangga. Alhamdulillah majlis berjalan lancar sehingga ke penghujungnya.


Kami pulang ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya setelah urusan mengemas pinggan mangkuk selesai.
Hari Khamis nie 24 Februari 2010 berlangsung satu lagi upacara kerjan di rumah mertua ku...Kali ni untuk Dato' Komo dan Dato' Paduka Tuan pula.
p/s: Kesian buat Mak dan K. Kur sebab kami tak dapat balik hari nie demi tuntutan tugas....
Thursday, February 17, 2011
Maulidur Rasul
Pada mulanya, mereka kata nak datang jam 10 pagi untuk membantu mana yang perlu. Tapi disebabkan mereka tidak mendapat kenderaan untuk dipinjam, mereka mengambil keputusan untuk menaiki komuter. Hanya itulah pengangkutan awam yang berhampiran dengan rumah kami. Mereka beramai-ramai bertolak jam 10 pagi dari PJ dengan menaiki bas hingga ke KL Sentral. Kemudian mereka menaiki komuter pula ke stesen Kepong. Lebih kurang jam 11 lebih barulah mereka sampai ke sini. Apa lagi, kerahan tenaga la lepas tu. Bukannya sengaja nak mendera mereka, tapi tangan kiri mengalami kecederaan ringan yang menyebabkan agak perlahan aktiviti yang hendak dibuat. Antara tugasan mereka ialah mengupas dan memotong bawang, potong sayur, potong cendawan, lipat popiah, lap pinggan mangkuk dan membuat air.
Keadaan rumah masa tue dah macam nak buat kenduri pulak.
Makanan dapat dijamu jam 1.30 tengahri. Tapi tak sempat nak ambil gambar makanan siap sebab terus diserbu. Niat datang pun memang nak makan kan.....
Air oren habis, ganti air sirap pulak, lepas tu Teh O
Selesai solat Zuhur, kami menikmati popiah yang digoreng oleh Ain dan air teh O yang disediakan oleh tuan rumah sambil bercerita kisah2 di matrik dan melihat koleksi album kami. Album paling laku ialah album Abang sayang masa dia belajar la...Masa tu dia kurus lagi. Tak sampai 50kg pun. He..he...
Popiah je yang sempat diambil gambar, yang lain dah selamat kena serbu
Bergambar ceria sebelum pulang. Had sampai kul 8 mlm je
Itu cerita kelmarin.
Cerita semalam.....Seharian berada di bengkel kereta.
Semalam selepas menghantar Naurah ke Taska, kami terus menuju ke Perodua Servis di Taman Bukit Maluri, Kepong untuk menghantar kereta sebab dah sampai tempoh jarak pembatuan untuk diselenggara. Pada mulanya, 'Service Advisor' tu memberitahu tempoh siap bagi semua kerja adalah lebih kurang 220 minit termasuklah 'Allignment & Balancing'. Jadi, kereta tu akan siap lebih kurang jam 1 tengahari. Tapi disebabkan hal yang tak diketahui, kereta tu siap dalam pukul 4.30 ptg. Habis segala rancangan yang dirancang hari tu. Sebenarnya, selepas kereta siap nanti, nak balik ke pejabat untuk membuat salina nota untuk kelas Jumaat. Tapi dah jadi macam nie, terus tak tahu nak fikir apa. Rasa macam nak menangis pun ada. Nasib baik lepas diservis tue, kereta macam dah kurang bunyi kat belakang masa nak membrek. Kira puas hati la jugak. Maklumlah, kereta Viva nie dah jadi kereta utama, sementelah kereta Gen2 masih tersadai di bengkel.
p/s: Bersyukur mempunyai suami yang prihatin....
Monday, February 14, 2011
Kenduri Rumah Kak Zam
Semalam, kami pergi ke Taman Puncak Jalil sempena kenduri naik rumah kak Zam + En. Zolpairi. Pada mulanya berpakat dengan Chah untuk bersaing. Tapi disebabkan mereka hendak menunggu En. Ayie dahulu, maka kami bertolak dulu memandangkan keadaan kereta yang tak boleh laju nie. Jalan perlahan-lahan dulu...Alamat pula, minta pada kak Aida sebelum bertolak tue. Jumaat aritu tak ambil sebab ingatnya nak ikut Chah je...
Setibanya kami sana, kelihatan kak Aida sekeluarga sedang menjamu selera. Kami meninjau kawasan rumah kak Zam terlebih dahulu sebelum menikmati makanan yang disediakan. Banyak makanan yang menjadi hidangan tetamu pada hari itu. Antaranya ialah nasi beriani, gulai kambing, ayam goreng
Sebelum kami pulang, kami sempat mengambil gambar di bahagian ruang makan dan salah satu sudut rumah kak Zam saja. Itupun sebab malu nak petik kamera berulangkali. Rumah ini serba hijau. Hijau pula warna kegemaranku walaupun ramai yang megatakan kesesuaian warnaku adalah warna merah jambu. Iye ke???
Persinggahan kami sebelum pulang ialah di UIA PJ. Kami ke sana untuk berjumpa dengan pelajar Abang sayang yang akan menghadapi 'Portfolio Day' pada hari ini. Tujuan lain adalah untuk membincangkan mengenai 'Farewell Party' yang akan diadakan esok.
Balik dari kerja hari ni, kami pergi ke Tesco untuk membeli barangan yang diperlukan dan makan di KKFC. Dah lama anak2 nak makan KFC nie.....Tapi sebenarnya kami tak suka pergi ke KFC kat Tesco Kepong nie, sebab layanan yang kurang memuaskan. Sebelum pulang, sempat menyinggah ke kedai buku Popular untuk membeli novel. Kononnya nak baca masa tunggu kereta siap diselenggara hari Rabu ni. Dapat rebet 25% lagi tue....
p/s: Persediaan untuk esok bermula selepas ini.