CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 14, 2011

Bersambung.......

Dah seminggu tak memasukkan apa2 N3...Apa sebabnya ye??? Haa.....sebenarnya minggu lepas balik ke Bahau. Kat sana walaupun ada internet, tapi sibuk dengan aktiviti rutin....Ada benda yang nak kena selesaikan. Hari Sabtunya pulak kami ke Temerloh sebab menziarahi Mak Ngah di Pondok Moden sebab dia tak berapa sihat. Tapi kami balik hari je.. Ainur, Kak Kur dan keluarga pula turun ke KL, mencari baju raya untuk Abang Syah. Juadah berbuka kami hari tu ialah Udang Galah masak cili api. Punyalah besar udang tu, seekor muat satu pinggan je...Mujur tak bawak kamera.....

Hari Ahadnya pula, kami berbuka tempoyak daun kayu, gulai tempoyak ikan patin dan sotong kering masak sambal. Mak sempat bekalkan kami nasi dan sedikit lauk untuk sahur keesokkan harinya.

Alasan lain tidak berblog ialah, sebenarnya tak tahu kamera letak kat mana gara2 sorokkan daripada anak2.

Hari Khamis pula, Twintech mengadakan majlis Ihya Ramadhan, diserikan dengan kehadiran YB Busro bin Mat Johor dan sekumpulan anak2 yatim dari 2 buah rumah yang berlainan. Ini memang dah jadi acara wajib Twintech setiap kali tibanya bulan puasa. Tiada gambar yang diambil ketika ini, sebab kamera masih belum jumpa lagi.

Jadi, bila kamera sudah pun ditemui maka........


Inilah juadah berbuka kami pada hari Jumaat nan lalu....



Antaranya..... Sotong masak kicap (gambar diambil oleh Naurah)

Sambal ikan bilis tumbuk

Sayur sawi + tauhu jepun


Telur Dadar (Abang sayang yang goreng nie....ingatkan nak wat ala2 ada Mayonis gitu..)



dan Kentang goreng halus


Hari Rabu aritu, ada juga ambil gambar masakan guna telefon bimbit Abang sayang......


Sayur kobis + suhun



Sambal Ikan bilis tempoyak

(Salah masak sebenarnya, Abang sayang nak sambal ikan bilis je)



Ungkep ayam + kentang (kegemaran anak2...)


Semalam Sabtu, kami berbuka di Mc Donald Selayang Mall sebab Naurah dah merengek nakkan jam Hello Kitty.....

p/s: Lepas nie kena pastikan tak lupa sorokkan kamera di mana.....













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...