CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

Tinggal lagi beberapa jam sahaja untuk kita semua tiba di penghujung tahun 2010... Tika tangan ini menaip, kami baru sahaja tiba di rumah selepas makan malam di KFC, Kepong Village Mall. Mula-mula nak makan kat Thai Base sebab nak bayar kereta sekali, tapi orang punyalah ramai, almaklum cuti umum sempena pasukan Malaysia menang Tiger Cup @ AFF Suzuki Cup. Ramailah ynag meraikannya yerker . Kebetulan pulak Airiel mengamuk sebab tidur lepas Asar, terus tak jadi nak makan kat Thai Base. Nak masak lauk dah habis, lagipun letih sebab kemas bilik belakang untuk dijadikan bilik anak2 supaya tak bersepah kat ruang tamu .

N3 kali ni juga hendak menceritakan tentang 'date' kami yang sekian ditunggu-tunggu. Almaklumlah dah lama tak berjalan berdua-duaan macam nie. Tak sedar pun masa berlalu. Bersama Cik Abang tercinta, kami pergi ke OU dan Amcorp Mall. Kami juga ke Shah Alam untuk mengambil surat pengesahan tamat belajar Abang sayang. Tengahari, kami makan di Restoren Atap-atap yang terletak di LG Amcorp Mall. Kami makan 'Garlic Butter Chicken Rice, Butter Squid Rice + Crab Meat Omelette'. Sedap juga makanan di situ. Lain kali bolehlah datang lagi.

Ini pula buku yang Abang sayang beli di Popular Amcorp Mall. Sangat elok untuk kami yang mengajar ni.


Tadi pulak selepas makan malam, singgah sekejap ke kedai kasut XES untuk beli sandal. Sandal yang selama ni dipakai setiap hari dah senget tapaknya. Memang terpaksa beli, kalau tidak sakit kaki pakai lama-lama. Di XES ada promosi beli sepasang, boleh beli lagi sepasang dengan harga 50sen. Jadinya, kami kongsi dengan Ainur untuk dapat separuh harga.
Di bawah nie, gambar kasut baru kami. Kami punya yang belang-belang, yang warna coklat rekabentuk A tu, Ainur yang punya. Nak pakai pergi kuliah katanya.


N3 ni juga merupakan N3 terkahir untuk tahun nie. Berjumpa kita di tahun hadapan.

p/s: Selamat tinggal 2010, Salam Tahun 2011... :)

Saturday, December 25, 2010

2nd K.T.A.M Reunion @ de' Village Resort

Hujung minggu yang lalu merupakan antara hari yang paling menggembirakan sepanjang tahun 2010. Kenapa ya? Haa..sebabnya ialah, bekas pelajar Kolej Tunku Ampuan Mariam 1993-1995 telah mengadakan ‘Perjumpaan Semula’ untuk kali yang kedua. Kali pertama, mereka buat di Hotel Legend, 27 Februari yang lalu, di mana kami tidak dapat hadir kerana ada urusan keluarga di Muar.
Selepas bersarapan di pagi Sabtu 18 Disember 2010, kami terus bertolak ke Ayer Keroh, Melaka. Perjumpaan pada kali ini diadakan di de’ Village Resort yang terletak besebelahan dengan kawasan Zoo Melaka. Oleh kerana kami baru sahaja melawat ke Zoo Melaka dalam tahun ini juga, maka kami tak singgah pun ke sana.
Kami mendaftar masuk lebih kurang jam 1.30 tengahari. Semasa berada di lobi, terserempak pula dengan Nurleeazurah (Anne). Tapi kami cuma bersalaman sahaja, memandangkan masing-masing mengejar masa untuk makan tengahari. Selesai urusan di kaunter, kami terus meletakkan barang di bilik 701 dan keluar ke Jusco Bukit Katil untuk makan tengahari di Medan Selera.


Lebih kurang jam 5 petang, kami anak beranak menuju ke kolam renang untuk aktiviti yang sangat dinantikan oleh Naurah dan Airiel. Pada masa yang sama, ramai juga bekas pelajar K.T.A.M yang ada di sana bersama keluarga masing-masing. Antaranya, Wanda, Sue, Djah dan Jai. Yang lain tak nampak muka, mungkin melayan televisyen di bilik.


Acara utama pada perjumpaan semula kali ini ialah makan malam yang di adakan di dewan bersebelahan kolam renang. Suasana memang meriah dan gamat. Nasib baik ia adalah tempat tertutup. Masing-masing sibuk melayan anak-anak makan tapi sempat bergosip . Sambil makan, ada juga acara cabutan yang tak bertuah, di mana kami mendapat satu beg makanan ringan. Ada juga hadiah-hadiah yang besar seperti baucar bernilai RM1000 , RM500, RM300 & RM50 yang ditaja oleh Ogawa dan Seng Heng. Siapa ynag dapat tu kira bertuah la. Acara untuk kanak2 ialah rebut gula-gula. Naurah dapat no.4. Seronok dia sebab dapat hadiah jugak.
Selain tu, ada juga kuiz untuk menguji daya ingatan bekas pelajar K.T.A.M. Maklumlah, dah 15 tahun meninggalkan sekolah tercinta. Masa sessi menjawab memang riuh sangat, sebab masing-masing berebut untuk mejawab, sebahagian menggaru kepala sebab dah lupa fakta. Hee..hee…
Antara soalan Kuiz:
- Siapakah pengasas Kolej Tunku Ampuan Mariam?
- Siapakah pengetua K.T.A.M pada masa tersebut?
- Namakan 6 kelas yang terdapat di K.T.A.M
- Namakan Rumah sukan yang terdapat di K.T.A.M Saya cuba jawab soalan ini
- Namakan 10 buah dorm yang terdapat di K.T.A.M
- Berikan nama guru, matapelajaran dan gred apa yang anda dapat semasa P.M.R (Saya jawab soalan ini)
- Siapakah ketua warden asrama?
- Namakan istana yang terletak di hadapan sekolah
- Apakah permainan yang paling popular pada masa itu?





Habis acara makan, kami bergambar beramai-ramai, sebelum acara bergambar rasmi pada esok hari. Kemudian, masing-masing dikehendaki mengambil kemeja-T di bilik Azah no. 1001. Acara tak rasmi bermula jam 10.30 malam di mana kami berkumpul di bilik Ijan dan bilik Wai untuk berborak sakan. Maka keluarlah segala cerita-ceriti kenangan zaman persekolahan. Para ibu, sibuk mendodoikan anak masing-masing sambil mulut bercerita. Riuhlah bilik Wai malam itu. Mereka berborak sampai 3 pagi, tapi kami dah balik bilik jam 1 pagi memandangkan Airiel dah terjaga. Dia punya menangis satu blok resort boleh dengar.



Keesokkan paginya, 19 Disember 2010, kami bersarapan bersama-sama sekali lagi. Menarik juga makanan yang dihidangkan. Roti canai dan kauh dal garing dan sedap tapi takde sambal tumis pulak. Mee goreng yang disediakan juga enak. Masa ambil makanan, puan presiden tegur sebab tak pakai tudung warna Merah Jambu. Eh ada ke arahan tu? Tak perasan pun. Takpelah, bukan kami seorang yang pakai tudung warna lain. Fahza pakai warna putih, Djah warna campur-campur, Ct warna hitam. Ok apa… ayat penyedap hati.
Acara bergambar rasmi dimulakan dengan bekas pelajar K.T.A.M, kemudian anak-anak yang tak gheti duduk diam , dan sang suami yang segak belaka.



Selesai besalaman dengan semua orang, kami berangkat pulang ke Bahau sebab ada kenduri kahwin.


p/s: Pertama kali pergi kenduri kahwin pakai kemeja –T dan seluar jeans…..

Monday, December 20, 2010

Firdaus @ Fatimah Az-zahrah Medical Centre

N3 kali nie ditujukan buat keluarga di kampung yang tak dapt menziarahi Muhammad Syahmi Firdaus, cucu bongsu buat masa nie lah yang kini ditempatkan di Wad Ummu Salamah, Tingkat 2, Pusat Perubatan Fatimah Az-Zahra di Bandar Baru Bangi. Untuk makluman, Firdaus masuk wad malam tadi jam 11.30 mlm disebabkan muntah-muntah dan cirit birit. Kami yang mendapat berita malam tadi, cuma berkesempatan melawat Firdaus hari ni. Dulu masa Firdaus masuk wad sebab asma tak sempat nak jenguk. Ingatkan nak masukkan cerita pasal perjumpaan semula warga K.T.A.M 93-95 dulu, tapi mood belum ada. Jadi, yang tu kira siaran tertangguh lah.

Gambar-gambar Firdaus semasa kami melawat dia. Susut dah badan dia dek kena tinggal dengan Mama seminggu. Kebetulan je kot. Firdaus tak berbaju sebab dia baru je muntah...






p/s: Terkenang kembali masa Naurah umur 7 bulan masuk wad kanak-kanak Hospital Selayang sebab cirit-birit berdarah. Bezanya Firdaus diam aje, tapi Naurah agak lasak.

Friday, December 17, 2010

Report Card Day 2010

Semalam petang masa jemput Airiel balik dari rumah pengasuh, Cik Rahmah, dia minta cuti setengah hari sebab ada temujanji dengan doktor. Maka, hari Mama kenalah bawa Airiel ke kolej. Kebetulan pula hari ni ada 'Portfolio Day' untuk pelajar "Basic Design 1", jadi Airiel ikut juga masa penghakiman itu. Kali nie ada 3 orang pelajar yang bakal gagal unntuk subjek tersebut. Oleh kerana Airiel tak duduk diam dan dia dah buat "projek no. 2", terpaksalah mengundurkan diri terlebih dahulu sebelum ianya betul-betul habis. Pukul 2.00ptg baru hantar Airiel ke rumah pengasuh dia sebab lepas ni nak bekejar pula ke sekolah si kakak.

Gambar di bawah ni, gaya Airiel sebelum dihantar balik. Tangan dia dah penuh dengan kipas dan sampan kertas yang dibuat oleh pakcik Zulakhmar. Airiel panggil dia Abang. Habis perasan muda lah tue..he..he..




Usai menghantar Airiel, terus ke PJ. Jalan tak sesak tapi bila dah nak sampai di UIA tu, lampu isyarat pula rosak. Jadinya terpaksa ikut jalan yang tak biasa ikut. Kali pertama lalu bawah jejambat tu. Nasib baik keeta tak banyak.

Sampai di sekolah Naurah dah pukul 2.40ptg. Terus hubungi Abang sayang untuk bersama-sama mendapatkan laporan tentang Naurah sepanjang dia berada di kelas Khalifah Uthman al Affan. Cikgu dia kata perkembangan dia sepanjang tahun ni meningkat. Itu sebab dia dapat masuk ke kelas 5 tahun cepat sikit berbanding dengan kawan-kawn dia yang lain. Lepas tu, cikgu dia bagitahu, Naurah akan buat latihan dalam buku samapi siap sebelum dia pergi bermain. Yang paling menarik, cikgu dia kata Nauarh pandai mewarna. kalau dia mewarna tak terkeluar pun dari kawasan yang perlu diwarnakan. Mana taknya. Sudah dilatih dari rumah lagi. Tapi, dalam bab Pendidikan Islam, Ustazah dia bagitahu yang dia tak lancar mengeja dan membunyikan baris bawah dan baris depan. (ee dan uu). Kebetulan pula, semalam baru je membeli Muqaddam untuk Naurah dan Airiel. Lepas nie wajib ajar betul-betul.

Berikut merupakan fail dan buku aktiviti Naurah di sepanjang tahun 2010.


Isi kandungan fail


Salah satu hasil seni Naurah yang Mama suka "Sheep"


p/s: Bila lah pulak giliran Airiel nak masuk IIUM Educare ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...