CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 19, 2011

Cerita-ceriti 1/2 Mac 2011 (Bahagian 1)

Wah..wah....tajuk N3 kali nie dah macam segmen dalam Lagu Tiga Kupang pulak...Dah agak lama tak 'update' ceriat-cerita terbaru...

Antara cerita-ceriti ku ialah makan-makan di pejabat sempena gaji pertama kak Elis & Kak Ayun serta hari pernikahan Rizal buat kali yang kedua , dan Hari Keluarga Waris Dato' Muda Omar yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Batu Kikir. Tak lupa, Hari pendaftaran kokurikulum yang berlangsung dengan meriahnya.

Majlis 'potluck' kali nie tiada tema yang khusus. Bawa aje apa2 yang boleh dikongsi makan dan pastinya menyelerakan. He..he...Hari itu, hidangan yang menjadi pilihan ialah Sambal Tumis Ikan bilis dan ubi rebus.
Info gambar: Kari ayam (Hafsah), Nasi goreng kerabu ( K.Ayun), Aiskrim (Mukram), Kuih-muih (Liyana) dan Ubi rebus + Sambal Tumis

Info gambar: Tembikai (Linda), Puding (K.Ayun), Kek Oren + Kek Pisang (Razlinda), Sandwich ( Ain) dan Peruk Tahu (K. Aida)

11 Mac 2011

Tarikh ni merupakan tarikh pernikahan salah seorang staff FABE iaitu Rizal dan pasangannya Hafitah (Betul ke ejaan namanya nie?)...Oleh kerana sudah memberitahu Rizal bahawa kami tak dapat menghadiri majlis di rumahnya pada hari Ahad nanti, maka kami mengikut rombongan Cik Hafsah ke Nilai untuk menghantar hantaran yang telah kami siapkan semasa cuti pertengahan semester yang lalu secara bergotong royong. Antaranya ahli bunga dip kami: Kak Ika (secara maya), Kak Zam (pemilih tema)kak Aida, Roslinda, Hafsah (Direktor),Razlinda dan beberapa tukang komen: Ayie, Mukram, Cik Mail dan tentunya Rizal sebagai pelanggan utama.
Sirih Junjung dibuat oleh kawan Ayie.


Kek Hantaran disediakan oleh Kak Che Pah

Bekas cincin dan jam digubah olehku

Baju kurung sepasang : bungan hasil ilham Hafsah

Minyak Wangi digubah oleh Hafsah

Semua hantaran di atas pahar di rumah Rizal

Kami bertolak ke Nilai jam 9.30 pagi dengan menaiki 2 buah kereta. Antara ahli rombongan ialah Kak Ayun, Kak Elis, Roslinda. Manakala Hafsah dan Azam menumpangkan kami untuk ke sana. Kami berpecah kerana hendak singgah di Ampang untuk mengambil pahar di rumah mertua Hafsah dan berjanji untuk berjumpa di perhentian R & R Nilai.

Kami dijamu dengan nasi putih berlaukkan masak asam pedas ikan merah dan senangin, sayur campur dan karipap pusing yang sangat sedap. Rasa macam nak mintak bawak balik je....Selesai makan, kami memnita diri untuk pulang ke Sri Damansara. Perjalanan pulang kami menupang pula Alza baru Cik Azam sebab Hafsah ada hal lain......

Bersambung......

p/s: Nampaknya cerita Hari Keluarga dan Hari Ko-kurikulum terpaksa di bawa ke bahagian ke-2

Sunday, February 27, 2011

Happy 57th Birthday Atok Nasir


Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran ayahanda ku yang ke 57 tahun dan kebetulan pula ianya pada hujung minggu. Jadi, kami adik-beradik sepakat untuk mengadakan sedikit jamuan untuk meraikannya. Bukannya hari ni , tapi semalam. Kami merancang untuk membuat BBQ.


Pemanggang kami beli di Giant Muar selepas kami selesai urusan di bengkel. Oleh kerana ianya sudah tiada stok, kami mengambil keputusan untuk membeli pemanggang yang dipamerkan tapi harga kekal samalah. Kemudian kami membeli kentang goreng, nuget ikan, sosej dan topeng dan terompet untuk digunakan oleh kanak-kanak. Dalam perjalanan balik, kami singgah di tepi jalan untk membeli kupang segar. Kami pilih yang kecil saiznya kerana isinya lebih manis berbanding yang bersaiz besar.


Petangnya, semasa mak, Amin dan Pika serta para cucu ke Bukit Gambir, Abang sayang memulakan acara dengan menyalakan bara. Sebenarnya, abang Haris dah mulakan dulu, tapi tengah bersiap2, dia mendapat panggilan untuk ke Bukit Gambir untuk menjemput mereka yang berada di pekan sebab kereta penuh. Atok telah membelanja basikal seorang sebuah sempena hari istimewanya.





Menu kami pada malam itu ialah, ayam panggang, sosej panggang, ikan cencaru bakar, kupang goreng sambal, nuget ikan, kentang goreng dan makanan utama ilah nasi goreng cina. Air pula berupa air laici dan air teh.



Kami menjemput Atok Odah untuk bersama-sama meraikan hari ini. Lebih kurang jam 9 lebih, Cik Izad sekeluarga datang membawa roti Arab beserta kuah kari.



p/s: Seronok meraikan hari lahir Abah kali nie, tapi pagi tadi kami besedih seketika............

Tuesday, February 22, 2011

Istiadat Kerjan

Hujung minggu lalu 20 Februari 2011 bersamaan 17 Rabiulawal 1432, berlangsung satu Istiadat Kerjan mengikut Adat Pepatih bertempat di rumah Mak Ngah di Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Dialek Negeri Sembilan menyebut istilah ini sebagai "Kerojan" yang bermaksud 'Kerajaan' dalam bahasa baku. Rujuk di sini



Acara bermula jam 10 pagi di mana bapa dan ibu mertuaku diarak masuk ke halaman rumah dengan paluan kompang. Ala-ala pengantin baru gitu. Bapa mertuaku disambut oleh kakak beliau dengan membasuh kaki sebelum menaiki tangga rumah. Selepas itu mereka naik rumah dan terus duduk di tempat yang disediakan. Ala-ala pelamin la..


Upacara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya bacaan Yassin dan Tahlil untuk semua ahli keluarga bapa mertuaku yang telah meninggal dunia.

Di bawah ini merupakan gambar-gambar sekitar majlis di rumah Mak Ngah Dara yang diambil oleh Abang sayang.

Mak dan Amin datang dari Muar turut merafak sembah


Sebelah petangnya, majlis berlangsung di rumah mertuaku. Mengikut adat, acara bermula di rumah pusaka ibu, kemudian barulah dijalankan di rumah sendiri. Petang itu kami menyediakan mee hoon goreng beserta beberapa kuih muih sama ada di tempah ataupun di bawa oleh saudara dan jiran tetangga. Alhamdulillah majlis berjalan lancar sehingga ke penghujungnya.

Kami pulang ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya setelah urusan mengemas pinggan mangkuk selesai.

Hari Khamis nie 24 Februari 2010 berlangsung satu lagi upacara kerjan di rumah mertua ku...Kali ni untuk Dato' Komo dan Dato' Paduka Tuan pula.

p/s: Kesian buat Mak dan K. Kur sebab kami tak dapat balik hari nie demi tuntutan tugas....

Thursday, February 17, 2011

Maulidur Rasul


Kelmarin, sempena cuti Maulidur Rasul, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan sedikit jamuan perpisahan para pelajar Abang sayang yang akan menyambung pengajian di Kampus Gombak. Mereka telah bersepakat untuk datang ke rumah kami. Oleh kerana jumlah yang datang tidak begitu ramai, boleh la kami menyediakan makanan sekadar yang perlu sahaja. Iye ke??? Menu untuk hari tu: Spagheti, Puding kastard dan koktel, Popiah goreng + kek Coklat kukus. Semuanya dimasak sendiri tau.

Pada mulanya, mereka kata nak datang jam 10 pagi untuk membantu mana yang perlu. Tapi disebabkan mereka tidak mendapat kenderaan untuk dipinjam, mereka mengambil keputusan untuk menaiki komuter. Hanya itulah pengangkutan awam yang berhampiran dengan rumah kami. Mereka beramai-ramai bertolak jam 10 pagi dari PJ dengan menaiki bas hingga ke KL Sentral. Kemudian mereka menaiki komuter pula ke stesen Kepong. Lebih kurang jam 11 lebih barulah mereka sampai ke sini. Apa lagi, kerahan tenaga la lepas tu. Bukannya sengaja nak mendera mereka, tapi tangan kiri mengalami kecederaan ringan yang menyebabkan agak perlahan aktiviti yang hendak dibuat. Antara tugasan mereka ialah mengupas dan memotong bawang, potong sayur, potong cendawan, lipat popiah, lap pinggan mangkuk dan membuat air.



Keadaan rumah masa tue dah macam nak buat kenduri pulak.



Makanan dapat dijamu jam 1.30 tengahri. Tapi tak sempat nak ambil gambar makanan siap sebab terus diserbu. Niat datang pun memang nak makan kan.....


Air oren habis, ganti air sirap pulak, lepas tu Teh O


Selesai solat Zuhur, kami menikmati popiah yang digoreng oleh Ain dan air teh O yang disediakan oleh tuan rumah sambil bercerita kisah2 di matrik dan melihat koleksi album kami. Album paling laku ialah album Abang sayang masa dia belajar la...Masa tu dia kurus lagi. Tak sampai 50kg pun. He..he...

Popiah je yang sempat diambil gambar, yang lain dah selamat kena serbu

Bergambar ceria sebelum pulang. Had sampai kul 8 mlm je

Itu cerita kelmarin.

Cerita semalam.....Seharian berada di bengkel kereta.

Semalam selepas menghantar Naurah ke Taska, kami terus menuju ke Perodua Servis di Taman Bukit Maluri, Kepong untuk menghantar kereta sebab dah sampai tempoh jarak pembatuan untuk diselenggara. Pada mulanya, 'Service Advisor' tu memberitahu tempoh siap bagi semua kerja adalah lebih kurang 220 minit termasuklah 'Allignment & Balancing'. Jadi, kereta tu akan siap lebih kurang jam 1 tengahari. Tapi disebabkan hal yang tak diketahui, kereta tu siap dalam pukul 4.30 ptg. Habis segala rancangan yang dirancang hari tu. Sebenarnya, selepas kereta siap nanti, nak balik ke pejabat untuk membuat salina nota untuk kelas Jumaat. Tapi dah jadi macam nie, terus tak tahu nak fikir apa. Rasa macam nak menangis pun ada. Nasib baik lepas diservis tue, kereta macam dah kurang bunyi kat belakang masa nak membrek. Kira puas hati la jugak. Maklumlah, kereta Viva nie dah jadi kereta utama, sementelah kereta Gen2 masih tersadai di bengkel.

Malam tu, kami makan di luar sahaja sebab Cik Abang sayang kata, muka dah macam orang nak pengsan. Mana taknya, seharian duduk di bengkel. Sejuk pulak tu.

p/s: Bersyukur mempunyai suami yang prihatin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...