CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 8, 2010

8th Convocation

5 Disember 2010, hari Ahad, tapi kami warga Twintech ada Majlis Konvokesyen yang diadakan di Matrade. Staff FABE dan mendapat tugasan menjaga "line-up" para graduan bersama-sama staff dari Fakulti Kejururawatan. Oleh kerana pada kali ini majlis diadakan dalam 2 sidang, maka kami ditugaskan untuk menjaga "line-up" pada belah petang memandangkan graduan FABE menerima Ijazah pada sidang ke-2. Seronok juga menjaga "line-up" ni, tapi punya la penat kaki. Rasa macam nak kena pergi spa or berurut lepas nie... Haa..ha... dok kat umah je ler
Di bawah nie gambar para pelajarku.... Masing-masing muka gembira. Gambar yang lain kat kamera kawan sebab kamera sendiri kehabisan bateri.



Sepeninggalan Mama ke Matrade, makanan untuk tengahari sudah pun disediakan awal-awal. Itupun idea Papa suruh masak laksa Johor untuk makan malam dan buat lebih sikit untuk esok hari. Jadinya Papa tinggal rebus spagheti dan makaroni je. Laksa Johor nie antara masakan kegemaran Papa. Tapi yang ni ala 'Nazra' la sebabnya takde lengkuas dan sambal belacannya.


p/s: Dapat cuti hari Isnin, tapi macam tak cuti jek sebab tak duduk kat rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...