CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 3, 2010

BWM dan FRIM

Tugasan 2 hari berturut-turut membawa pelajar membuat lawatan ke Rumah Tradisional Melayu di Badan Warisan Malaysia (BWM) dan FRIM, Kepong. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada subjek Introduction To History of Architecture..Hari pertama, 30 November 2010, kami pergi melawat Rumah Penghulu Seman yang terletak bersebelahan dengan Rumah Badan Warisan Malaysia. Ketibaan kami disambut oleh Cik Intan dengan mesra. Oleh kerana kami tiba lebih awal daripada yang dijadualkan, Cik Intan mencadangkan agar aktiviti lawatan dijalankan segera memandangkan keadaan cuaca pada waktu petang tidak berapa baik. Asyik hujan saja kebelakangan ini. Aktiviti kami yang pertama ialah mendengar taklimat daripada salah seorang kakitangan BWM. Seronok melihat para pelajar ditanya bertubi-tubi olehnya. Soalan pastinya mengenai rumah tradisional Melayu. Kebanyakkan mereka tak pernah pun menjejakkan kaki ke rumah tradisi. Rumah datuk dan nenek masing-masing pun dibuat daripada bahan binaan moden.
Aktiviti kedua kami ialah lawatan ke rumah tersebut. Mula-mula kami menuju ke Balai. Apa yang membezakan rumah ini dengan rumah-rumah lain ialah ianya mempunyai balai kerana pemiliknya merupakan seorang Penghulu. Lokasi asal rumah ini ialah di Kedah dan sebahagian ciri-cirinya mempunyai pengaruh Perak, Kedah dan Kelantan.


Dalam perjalanan balik kammi sempat singgah bergambar di hadapan The Royale Chulan Hotel yang merupakan jiran BWM.



Hari kedua, kami melawat pula Rumah Terengganu dan Rumah Melaka yang dibina di tengah-tengah FRIM. Temujanji adalah pada pukul 9 pagi. Nasib baik kami memang tidak memerlukan jurupandu sebab kami terlewat tiba lebih kurang 1/2 jam. Semalam tercepat, hari ini terlambat pula. Aktiviti melawat kedua-dua buah rumah berakhir pada jam 11 pagi. Seperti biasa, sessi bergambar tak boleh dilupa.



p/s: Waktu balik masing-masing kelaparan sebab tak sempat bersarapan, maka Nasi Ayam SD le jawabnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...